PEREKA telah berkolaborasi dengan Institut Reka Bentuk Malaysia Itali (UNIKL MIDI) dalam melaksanakan pembangunan program reka bentuk bermula 12 Januari 2021.

Dari kiri Dr.Nik Mohamad, Dr.Nazlina, En. Muhammad, Ir.Dr.Azman , Prof Dr Khairul, En Saharudin dan Pn. Norhayati.


Perjanjian, dalam bentuk Memorandum Persefahaman (MoU) atau nota kerjasama, memformalkan interaksi bersama dan memperkukuhkan hubungan yang ada antara PEREKA dan UniKL Malaysia Italy Design Institute (MIDI) pada tahap kerja strategik, dengan menfokuskan perkembangan Standard Kurikulum / Program Akademik Reka Bentuk Industri pada masa hadapan, interaksi antara Ahli PEREKA dengan pelajar dan tenaga kerja MIDI melalui pelbagai aktiviti kolaborasi yang berpotensi melengkapi kompetensi pengetahuan serta teknologi dalam pembangunan dan penyelidikan.


No items found.