69112838_1828549523957665_7684520460544901120_n.jpg

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2019 : Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke – 62, Balai Seni Negara mengadakan Pameran Reka Malaysiaku.
Pameran Reka Malaysiaku merupakan kolaborasi di antara Balai Seni Negara bersama Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia atau PEREKA. Pameran ini mempamerkan pencapaian Malaysia dalam bidang seni reka sejak kemerdekaan hingga kini oleh pereka-pereka tempatan yang telah menyumbangkan hasil pemikiran kreatif dalam pembangunan Negara.

Penghasilan ciptaan dan rekaan-rekaan yang mendapat pengiktirafan dan anugerah, wajar dijadikan contoh kepada semua lapisan masyarakat. Antara anugerah-anugerah yang membanggakan Malaysia dalam pameran ini adalah F1 Wheelchair yang mendapat anugerah di International Exhibition of Inventions 2018 di Jerman, Invictus Concept Car yang mendapat Gold Award Proton & DRB-Hicom, University Creative Car Challenge 2018, Reddot Design Concept Award di Jerman melalui penghasilan Erascan oleh Mimos Industrial Design, Special Award from INNOPA di Indonesia melalui Dekophonix Sdn Bhd, saya hanya menyebut beberapa rekaan dan anugerah yang diterima. Secara keseluruhan terdapat 34 buah karya berprestij dalam pameran ini.
– YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya

Orang ramai dijemput hadir ke Pameran Reka Malaysiaku, 30 Julai sehingga 20 Oktober di Galeri Reka, Balai Seni Negara. Pameran ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi pada 26 Ogos 2019, jam 3.30 petang.

Sumber- Balai Seni Negara & MOTAC

68463604_1828549347291016_5888082983776157696_n
69334496_1828550023957615_3015546347257331712_n
69315705_1828549773957640_8462461676346671104_n
69242064_1828549953957622_7062750358774218752_n
69030895_1828549390624345_9116959033775882240_n
68881093_1828549807290970_8166761853851009024_n

No items found.