Bersempena dengan Hari Rekabentuk Perindustrian Dunia atau World Industial Design Day (WIDD) di Malaysia tahun 2013. Beberapa nama besar dalam Malaysia telah secara sukarela bekerjasama untuk menjadi ahli panel dalam beberapa slot Forum & Dialog. Bertujuan memberikan pendedahan secara dekat kepada pelajar juga masyarakat dalam dunia sebenar bidang Rekabentuk Perindustrian. Program ini akan berlansung daripada 18 Jun sehingga 29 Jun 2013 dan akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah, Timbalan Menteri , Kementerian Sains & Teknologi (MOSTI).
Slot forum dibahagikan kepada tiga bidang utama dalam industri rekabentuk Automotive, Product dan Furniture. Panel daripada ahli industri yang terlibat adalah Azlan Othman (Proton), Muhamad Zamuren Musa (Perodua), Saifullizan Abd Wahab (ex-Perodua) Saharudin Busri, Nuzairi Yasin & Mohd Nizam Najmuddin (MIMOS), Zafri Z. Merican (IDEATION Sdn. Bhd.), Sufian Yahuza (ADIREKA Sdn. Bhd.), Sofian Jalil (FITEC), En. Asri Ahmad & En. Shukri Rifaie ((Rifaie, Chua & Sethi Sdn. Bhd.) dan Tn. Hj. Azali Rahim (UPM).
Manakala ahli panel daripada tenaga pengajar mahir bidang akademik, antaranya Prof Dr Hj Khairul Aidil Azlin Abdul Rahman & Dr. Saiful Bahari Mohd Yusoff (UNIMAS), Dr. Shahriman Zainal Abidin & Natrina Mariane P. Toyong (UiTM) serta Isradzi Sarbini (Limkokwing).
Muat turun: Jadual Program WIDD 2013| Malaysia. *Tertakluk kepada sebarang perubahan. (*link jadual terbaru ini telah dimuatnaik pada 21.062013)